LIKE!

favourite links

Friday, February 19, 2010

Lalat OooHHH LaLAt


Dalam satu pertandingan untuk mencari jaguh pedang dunia,tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir.Jaguh pedang dari Sepanyol,Jepun dan Malaysia.Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan mereka bermain pedang kepada para penonton.Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya,sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas.Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.Giliran jaguh Jepun menghunuskan senjatanya.Kepantasan jaguh Jepun memang tiada tandingan,dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji jaguh Jepun itu.Kini giliran jaguh pedang dari Malaysia.Segera ia menghunus pedangnya,mengibas ke kiri dan kekanan.Lalat ketiga masih terbang di udara,tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza.Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairanan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.Melihat reaksi demikian,jaguh pedang Malaysia segera berkata,"Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan....

No comments:

Post a Comment

Kumin-Kumin! Jum jum!

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...