LIKE!

favourite links

Friday, December 31, 2010

7 Cara Perangi SELULIT!!!

Selulit merupakan gabungan lemak, air dan bahan buangan toksik yang tidak berjaya disingkarkan dari tubuh.
Tahukah anda, selulit bukanlah sekadar gumpulan lemak biasa. Ia merupakan timbunan sel-sel lemak pada jaringan kulit yang berlebihan. Apabila ini berlaku, permukaan kulit akan kelihatan tidak rata. Biasanya selulit banyak berselindung di bahagian perut, pinggul, punggung, paha dan lengan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang wanita itu mempunyai selulit dan jumlah selulit yang terkumpul di tubuhnya. Ini bergantung kepada baka, jantina, jumlah lemak dalam tubuh, umur dan ketebalan kulit. Apabila semua atau sebahagian elemen ini bergantung, ia akan membentuk sejumlah selulit di tubuh anda itu.
contoh selulit :)



1. Urutan + aromaterapi
Selain daripada memperolehi kenikmatan, urutan dipercayai membantu mengurangkan selulit. Teknik urutan yang betul berfungsi melancarkan peredaran darah. Jadi, secara tidak langsung, ia dapat menghancurkan timbunan lemak dalam tubuh yang sekali gus membuat tubuh jadi segar. Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, anda boleh menggabungkan urutan dengan penggunaan minyak aromaterapi yang dihasilkan daripada tumbuhan tertentu seperti minyak bunga mawar ataupun lavender.

2. Rajin bersenam
Selulit timbul akibat pengumpulan sel-sel lemak. Jadi, cara menghasilkannya ialah dengan menghapuskan sel-sel lemak tadi. Oleh itu, anda perlulah rajin bersenam. Senaman diakui dapat menjadikan otot tubuh anda menjadi lebih fit, malah tubuh turut sihat dan segar. Lakukan senaman secara teratur. Cukuplah sekadar 3 kali seminggu. Jika anda tekad melakukannya tanpa sekalipun mengabaikannya, otot akan membakar lemak dan kalori dengan lebih efisien.

3. Gizi seimbang
Anda perlu bijak mengatur menu makanan agar setiap hidangan mempunyai nilai gizi yang diperlukan tubuh setiap hari.

4. Minum ikut keperluan
Amalkan meminum air putih yang mencukupi iaitu 6 hingga 8 gelas sehari bergantung kepada keperluan anda. Air membantu melancarkan sistem pembuangan termasuk pengeluaran zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.

5. Penggunaan krim atau losyen
Kini, di pasaran banyak terjual krim atau losyen yang dikatakan dapat menghilangkan selulit. Sama ada krim atau losyen, kedua-duanya dipercayai dapat menghancurkan lemak, menghaluskan dan melembutkan kulit. Walau bagaimanapun, tenya  pendapat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang jenis krim atau losyen bagi mengelakkan kesan sampingan yang mungkin berlaku.

6. Rokok beracun
Sekiranya anda perokok, hentikan amalan ini. Rokok sudah jelas mengandungi bahan berbahaya yang dapat meracuni paru-paru. Racun daripada rokok akan menyebabkan pembuluh-pembuluh darah melemahkan fungsi kelenjar dan kelenturan kulit yang akhirnya akan menambahkan lagi selulit di tubuh anda!

7. Hindari tekanan
Cuba kawal tekanan yang anda alami dengan sebaik mungkin. Ketengangan boleh menyebabkan otot tertekan dan menghambat fungsi kelenjar yang bertugas mengatur sistem pembuangan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh.

No comments:

Post a Comment

Kumin-Kumin! Jum jum!

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...