LIKE!

favourite links

Friday, December 17, 2010

Santai di Hari Jumaat para GADIS

Cara duduk pilihan kamu :

Contoh sahaja. *sumber google*
Personaliti merupakan salah satu keperibadian 
yang penting bagi kita.
Tahukah kamu keperibadian kita dapat dinilai melalui posisi kaki kita sendiri.
(cara duduklah tu)
Gaya 1 : Duduk dalam keadaan kaki dirapatkan
Kemungkinan kamu yang duduk dalam keadaan begitu sedang dalam keadaan yang tidak tenteram. Mungkin juga kamu sedang dilanda kemarahan kerana sesuatu perkara. Silap haribulan kalau salah cara menegur pasti kamu cepat melenting

Gaya 2 : Duduk sebelah kaki disilangkan ke atas
Ada yang mengatakan kamu yang duduk dalam keadaan ini menampakkan diri kamu yang sombong. Namun sebenarnya kamu yang duduk dalam posisi ini mempamerkan kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri. Kamu sentiasa ceria dan mudah bergaul dengan sesiapa saja biarpun baru pertama kali berjumpa.

Gaya 3 : Duduk dalam keadaan kaki mengarah keluar
Ia mempamerkan sifat berani dan agresif. Kamu juga cukup berkeyakinan tinggi dan sukar dipengaruhi. Selain itu, kamu juga suka mencuba sesuatu yang baru, mungkin didorong oleh naluri ingin tahu yang tinggi.

Gaya 4 : Duduk dalam keadaan kaki terbuka luas
Agak kurang sopan jika kamu duduk begini. Tetapi kamu yang duduk dalam keadaan ini, mungkin didalam keadaan gembira dan ceria. Selain itu, kamu juga seorang yang bijak mengawal diri dan perasaan.

Gaya 5 : Duduk dengan kedua kaki disilangkan ke bawah
Gaya ini memperlihatkan kamu berada dalam kebimbangan dan ada sesuatu yang bermain di fikiran. Kamu juga tidak begitu kuat dalam menghadapi cabaran dan sering kali berputus asa di peringkat awal.

Gaya 6 : Duduk bersimpuh
Inilah antara gaya duduk yang paling diSYORkan kepada gadis-gadis. Kedudukan begini memperlihatkan seseorang itu sentiasa bersedia menghadapi segala apa saja dengan hati yang terbuka. Mereka juga mengalu-alukan pendapat orang lain demi kebaikan diri.

Hye Para GADIS! Cara Duduk manakah pilihan kamu?

3 comments:

  1. nda pernah menjadi cukup prihatin untuk cek stail duduk dr sendiri. mcm semua pun pernah. HAHA.

    apa2pun. sy mau mengaku ayu rajin duduk bersimpuh. teheee! *finger crossed*

    ReplyDelete
  2. hahahah! bha,, semua la tu personaliti kau kak tqa :P
    yala, bersimpuh memang kebiasaan duduk kita kan kak :P

    TQ for Comment :) cheers!

    ReplyDelete
  3. paling ku suka duduk mcm dlm gmbr tu..
    bajet konfident kunu...
    ;P

    ReplyDelete

Kumin-Kumin! Jum jum!

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...