LIKE!

favourite links

Wednesday, March 9, 2011

Cara Ngurat Pelayan Cafe

Sempena aku bekerja di sebuah Cafe. Banyak peristiwa yang terjadi di hadapan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah mata-mata kuyup ku. Entri ku kali ni ingin mengkongsikan cara-cara pelanggan yang datang ke Cafe sambil mengurat pelayan-pelayannya. Ish.. Ish.. mana tau lah ada yang berkenankan?

1. Order makanan atau minuman lambat-lambat.
Caranya begini, mula-mula order makanan dulu, lepas tu biarkan dia (si pelayan) lama-lama menunggu order yang seterusnya, jangan order air dulu, biar dia tersegat lama-lama menunggu order. Nanti kalau dia jalan, cuba panggil balik untuk suruh order minuman pula! Hehe!

2. Pura-pura minta tisu.
Pura-pura minta tisu sama dia, apabila dia datang, terus tanya apa no henponnya. Kalau dia tanya "Buat apa nombor handphone saya?", jawab jak, "Untuk dihubungilah, ndakkan mau ditelan pula?". Hehe! 

3. Try pinjam sebatang Pen.
Kalau dia datang hantar makanan atau minuman, pinjam sebatang pen dari dia, dia mesti bagi punya, untuk memenuhi kehendak pelanggan lah katakan. Tulis nomber telefon anda dalam sehelai tisu ataupun sehelai kertas, tapi kalau mau lebih cantekk punyaaa.. ampai bah kau name card! Haha! Trus alamat sekali. Kalau dia berkenan, pasti malam tu juga dia p miskol-miskol. Haha!

4. Cari Point untuk tegur dia.
Buat-buat lah sesuatu yang ndak kena, contohnya, bila dia melimpas, tanya dia kenapa air yang anda minum wangi, kalau dia tanya wangi sabun, cakap jakk wangi minyak wangi, harum begitu! hahha! terus tegur-tegurlah, minyak wangi apa diguna, bau dia sangat manis,.. jangan jak kena bubuh racun atau guna-guna. hahaa. itu sandi, mati kau geng!

5. Kenyit-kenyit mata.
Haar harr! Haarr! aku ndakda idea suda, kalau sudah suka tu, hari-hari la kau datang p cafe tu, semata-mata mau tengok dia, mau dia layan kau, waaa!! bahagia kau arhh! dari sana, dia kenal kau lah, mungkin juga bibit-bibit suka itu muncul, apa lagi kalau kau tu cantik/hensem, waaa tambah la dia bebunga-bunga kalau ada urg cantik/ensem suka sama dia. hahah! 


Okay lah, itu saja! TC!

No comments:

Post a Comment

Kumin-Kumin! Jum jum!

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...