LIKE!

favourite links

Thursday, January 17, 2013

Jangan ada Dendam antara Kita (KUIZ)

 
 
 
DENDAM, pernahkah anda rasa hati anda terlalu sesak dengan perasaan marah, geram, dan kecewa terhadap seseorang? Sebenarnya ianya adalah dendam. Biarpun peristiwa itu sudah lama berlalu namun masih ada terselit rasa marah bila teringatkan peristiwa itu. Kadang kala anda sendiri rasa hairan, apakah anda masih berdendam dengannya pada apa yang dilakukannya terhadap anda selama hari ini?

1. Bilakah kali terakhir anda menemuinya sejak peristiwa itu?
    a) Semalam
    b) Minggu lalu, itupun secara tidak sengaja
    c) Lima bulan yang lalu.

2. Adakah anda bersedia untuk menemuinya lagi selepas ini?
    a) Ya
    b) Tidak sekali-kali
    c) Kalau sudah terserempak, rasanya tidak salah bertemu tetapi kalau pertemuan 
       yang diatur maaflah

3. Setiap kali dia menghubungi anda, apakah reaksi anda?
    a) Saya masih melayani panggilannya kerana antara kami hanya ada perselisihan faham,
        biarlah saya pendam sahaja didalam hat.
    b) Katakan anda sudah tidak mahu lagi berbicara dengannya.
    c) Melayan panggilannya seperti tiada apa-apa yang terjadi.

4. Salah siapakah hingga terjadinya permusuhan ini?
    a) Ada kalanya saya yang bersalah dan ada kalanya semua itu salah dia.
    b) Sama sekali dia yang bersalah
    c) Mungkin sudah ditakdirkan, antara kami ada permusuhan

5. Adakah anda masih menyimpan segala barang pemberiannya?
    a) Ya
    b) Tidak
    c) Entah, rasa macam sudah tidak nampak, tapo sesetengahnya masih ada lagi

6. Masih adakah ruang dihati anda untuk menerima dirinya kembali?
    a) Mungkin, jika perasaan sayang itu terus dipupuk
    b) Kalau dia sudah berubah apa salahnya
    c) Cukuplah sekali ini, jangan diungkit kisah silam itu.


MARKAH :

1. a:1, b:3, c:2
2. a:1, b:2, c:3
3. a:3, b:2, c:1
4. a:1, b:2, c:3
5. a:2, b:1, c:3
6. a:2, b:3, c:1

10 KE BAWAH
Sebenarnya anda sama sekali tidak pernah berdendam dengannya. Anda masih menyanyanginya sama seperti dulu. Namun begitu, perasaan malu dan tidak mahu beralah membuatkan anda terus mendiamkan diri. Tindakannya menghubungi anda semula amatlah dialu-alukan.

11-16
Namanya saja dendam. Anda sudah membuang dirinya jauh dari sudut hati. Anda tidak mahu bertemu dengannya walau sekalipun. Bagi anda insan bernama... ... sudah mati dan tidak wujud lagi di dunia ini.

17 KE ATAS
Entahlah... Sehebat mana sekalipun dia memperlakukan anda, perasaan dendam sukar terbit dalam hati anda. Perasaan kecewa yang hadir selama hari ini pun bukanlah dendam tapi sekadar rasa terkilan.

Credit : MW

No comments:

Post a Comment

Kumin-Kumin! Jum jum!

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...