Bismillahirahmanirrahim... Saya mendapat tugasan (pen. Kreatif) untuk membuat Cerpen (cerita pendek) yang bertema bebas. Oleh itu, terciptalah sebuah cerpen (ntah layak ka ndak dipanggil cerpen) "Ayu Sopia". Ayu Sopia merupakan cerita yang lahir semula jadi yang ntah dari mana aku dapat ilham utk buat cerpen ni... ndak pernah2 pun terlintas untuk mendapat jalan cerita sedemikian..
so.. enjoy :) Budak baru belajar...
“Shik...
Shik... Shik... Shik...”, kedengaran bunyi seperti kain yang dibasuh oleh
tangan si dara. Airnya yang jernih seperti kaca, mengalir setiap saat tanpa
diusik, saat mata memandang terkikislah segala rasa hati yang lara dan luka,
bunyi alunan air seperti berteman mesra bersama batu-batu besar, itulah tasik
yang diberi nama “Tasik Ayu Sopia”.
Ayu Sopia atau lebih dikenali sebagai
Ayu merupakan anak gadis sunti yang manis dan memiliki kulit yang berwarna sawo
matang dan merupakan anak gadis pujaan kumbang di Kampung Puyu. Tubuh yang
langsing dengan ketinggian 5 kaki melengkapi citarasa para pria penduduk
Kampung Puyu. Ayu menjadi anak yatim piatu ketika umurnya mencecah 5 tahun.
Ayu dirawat oleh ibu saudaranya
sehingga umurnya 16 tahun. Namun, nasib malang sentiasa menjadi sahabatnya
kerana ketika umurnya 16 tahun, ibu saudaranya telah meninggalkannya.
Kini, Ayu menyara kehidupannya
sendiri dengan kental tanpa bergantung kepada orang lain. Gadis cilik bernama Mariam
merupakan sahabat Ayu sejak mereka kecil lagi. Namun, perasaan iri hati akan
kelebihan yang terdapat pada wajah Ayu Sopia
telah menyebabkan Mariam menyimpan rasa dendam terhadap Ayu.
Mariam merupakan perempuan yang hanya
bertopengkan bidadari ketika dihadapan Ayu. Rasa iri hati yang membuak-buak membuat Mariam tidak senang
hati melihat Ayu yang sentiasa menjadi rebutan kumbang di kampungnnya.
Perasaan cemburu, hasad dengki, iri
hati Mariam apabila melihat Ayu yang sering menjadi tumpuan jejaka kampung.
Mariam sentiasa dengan topeng
kepura-puraannya apabila bersama dengan Ayu. “Ayu! Kata tadi nak sangat bawa
aku pergi basuh kain di tasik”, tempik Mariam yang berada tidak jauh dibelakang
Ayu yang sedang membawa kain kotor yang hendak dibasuhnya. Sudah menjadi
kebiasaan Ayu membasuh pakaian hariannya di tasik bersendirian. Tidak ramai
penduduk kampung yang mengetahui keberadaan tasik tersebut.
“Alaa... aku fikir kau tak jadi nak
ikut aku, aku tengok engkau asyik sangat berkepit dengan si Sham tu”, usik Ayu
yang melihat Mariam sedang bermesraan dengan seorang jejaka kampung, Sham.
Mariam geli hati mendengar ucapan yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
“Ahhhhh kau ni Yu, Sham tu eh? Dia tu
saudara akulah, takkan kau tak pernah tahu selama ini?”
Balas Mariam yang bernada sinis. “Oh...
Manalah aku tahu, aku fikir pengarang jantung hati kau Mar”, ujar Ayu yang
kebingungan.
“Tak apalah Yu, jom aku teman kau
basuh baju”, balas Mariam dengan rasa terpaksa.
Sayup-sayup angin yang tidak dapat
dilihat dan hanya bulu-bulu roma menghirup udara kampung yang indah sekali.
Airnya sangat tenang dipandang, seolah-olah hanya memandang sebuah lukisan yang
indah. “Ayu! Nak aku tolong engkau basuh tak?”, pelawa Mariam untuk membantu
Ayu membasuh baju kotor tersebut.
“Eh? Tak usahlah Mar, aku boleh basuh
sendiri, nanti tangan engkau yang halus mulus tu rosak oleh baju-baju aku ni”,
ujar Ayu menolak permintaan Mariam. “Alah engkau ni, bukan banyak mana pun baju
engkau tu”, balas Mariam. Ayu terus sahaja menuruti kemahuan sahabatnya itu.
“Nah! Degil sungguh engkau ni Mar! Ambil baju
ni, engkau cuci bersih-bersih tahu!”, kata Ayu sambil menghulurkan baju kotor
kepada Mariam. Mariam hanya tersenyum sinis. “Ayu, engkau pergilah mandi
dahulu, tak baik anak dara mandi lewat tahu!”, ujar Mariam. “Emm, baiklah tuan
puteri nak mandi dulu”, kata Ayu yang menuruti Mariam.
Ketika Ayu bermandi-manda di tasik
tersebut, Mariam seperti berlari ke arah semak. Mariam berjumpa dengan seorang
lelaki iaitu, Sham. Mereka seakan-akan berbual akan perkara yang sangat serius.
“Sham, engkau dah panggil Johan dan Fikri?”, ujar Mariam yang ingin mengetahui
keberadaan Johan dan Fikri. “Dah! kejap lagi mereka sampailah tu”, balas Sham
yang berasa sangat teruja.
“Psst...psst.... Sham! Mariam!”
Suara Johan yang memanggil Mariam dan
Sham dengan suara berbisik. “Kenapa kamu lambat sangat?, kalau lama lagi,
habislah ikan korang dah masuk ke dasar”, ujar Mariam yang agak tertekan
sedikit. “Bisinglah engkau ni Mar, kitaorang kan dah sampai ni”, balas Fikri
yang agak bengang akan sikap Mariam.
Suasana senja yang tenang ditemani
angin-angin sempoi yang sangat mendamaikan jiwa dan rohani. Bunyi kain yang
dibasuh kedengaran ditelinga seperti tambahan kepada muzik alam semula jadi.
“Mandilah engkau puas-puas wahai perempuan!,
lepas ni habislah dara kesayangan engkau! Ha! Ha! Ha! Ha!”
Mariam yang masih membasuh kain
ditangannya sambil tersengih-sengih melihat Ayu. Ayu sepertinya tidak
menghiraukan keadaan sekelilingnya dan sedang asyik membersikan dirinya yang
kotor itu. Ketika itu juga, terdapat tiga kelibat lelaki iaitu Sham, Johan dan
Fikri yang sedang masuk ke dalam tasik dengan perlahan-lahan. Dalam keadaan
yang sangat berhati-hati, mereka mendekati Ayu dengan menyelam ke dalam tasik
tersebut.
Ayu yang sedang asyik mandi-manda
telah membuatkannya tidak menyedari akan kedatangan mereka yang telah pun
sangat menghampirinya. Johan dengan rakus sekali telah menarik tangan Ayu
dengan kuat tanpa rasa ragu-ragu. Johan membawanya ke tepi tasik dan dibantu oleh
dua orang lelaki yang lain, iaitu Sham dan Fikri.
“Eh? eh? Kenapa kau tarik tangan aku
ni? apa engkau nak buat apa dengan aku ni?”, Ayu kebinggungan sambil menuruti
Johan yang sedang menarik tangannya hingga sampai ke tepi tasik. Ayu langsung tidak
mempunyai sedikit rasa curiga terhadap mereka.
“Kau ikut sajalah aku, Ayu, janganlah
nak banyak songeh pulak”
Sham mula membuka tali pinggangnya yang
menjadi pengikat seluar yang digunakannya itu sambil membuka seluarnya. “Ha ha
ha ha!!, kau tau tak Ayu? Kitaorang nak main sayang-sayang dengan engkaulah
punjangga hatiku sayang”, tempik Johan terhadap Ayu.
“Hahahahaha”, Sham dan Fikri ketawa
dengan penuh rasa gembira dan mengeluarkan hilai ketawa mereka yang sangat
kuat. Mereka kegirangan kerana ikan yang mereka intai selama ini telah memasuki
perangkap yang telah mereka pasang. Sham mula membuka kain sarung yang menjadi
alas tubuh Ayu dengan rakus sekali.
Fikri dan Johan turut membantu Sham
sambil berasa ghairah melihat susuk tubuh Ayu yang masih suci dan putih melepak.
“Ermmmmmmmmmmmmm!! Geram aku tengok
perempuan ni”. Ayu yang ketakutan
menjadi binggung dan tidak mampu untuk melawan mereka bertiga.
“Korang nak buat apa dengan aku ni?
Tolong!! Tolong!!”, “Mariam!! Mar!!! Mar!!!”,
Jeritan demi jeritan Ayu langsung
tidak didengari oleh penduduk kampung.
Ayu menjadi lemah dan tidak berdaya
untuk bangkit kerana telah dihalang oleh Sham dan Johan. Ayu pasrah dengan apa
yang terjadi terhadapnya pada ketika itu.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!..
Jangannnnnnn”
“Tolonggglahhh... Jangan buat aku
begini”
“Aku merayu sangat, aku tak pernah
buat jahat dengan korang, tergamak korang buat aku begini”
“Mariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... ”
Rintihan demi rintihan Ayu langsung
tidak diperduli oleh tiga orang lelaki tersebut yang sedang asyik melayan nafsu
serakah mereka.
Pada hari tersebut, kesucian Ayu
telah ditebuk oleh 3 orang jejaka yang tidak berhati perut tersebut. Ayu hilang
arah dan menjadi tidak waras.
“Sampai hati engkau Mar!, engkau
tinggalkan aku seorang di tasik, suara aku yang meraung kesakitan tidak kau
hirau”
Rasa sakit hati dijiwa Ayu
membuak-buak apabila berasa dirinya dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri.
“Lelaki sial! Kamu tengoklah nanti,
akan aku cabut nyawa korang satu persatu”
“Aku robek-robek jantung kamu hingga
rasa pedih didada ini hilang”
Ayu menahan perasaan sakit apabila dilukai
sambil tersedu-sedu. Sham, Johan dan Fikri tersenyum puas setelah menodai Ayu.
“Isk...Isk...Isk...”
Ayu menangis teresak-esak kerana
diperlakukan sedemikian. Rasa dirinya yang tercemar dan kotor telah membuatkan
perasaan dirinya hancur terlerai dari jasadnya.
“Puas hati kami Ayu! Selama ini,
engkau sombong kepada kami, sekarang engkau tunduklah sayang!, Ha ha ha ha!!”
Johan yang sangat girang hatinya
sambil memandang Ayu dengan mata yang penuh puas.
“Sampai hati korang buat aku begini
rupa!”
Tempik Ayu yang masih teresak-esak.
“Hahahahahahahaha”, suara-suara puas yang
dikeluarkan oleh kumbang-kumbang yang menghisap madu sidara.
Subuh yang dingin membasahi daun-daun
hijau yang subur dengan embunnya, Ayu masih lagi menangis memikirkan kejadian
buruk yang menimpah nasib dirinya.
“Oh.. Diri, kenapalah engkau susah
untuk aku jaga dan pelihara, dan membuatkan kumbang tertarik dan menghisap madu
yang aku jaga dari aku azali lagi”.
Ayu menangis lagi apabila berasa
dirinya tidak ada guna lagi untuk terus hidup. Ayu berasa dirinya sangat kotor
dan rosak.
Dalam dingin subuh itu, Ayu pergi ke
tasik tempat berlaku kejadian dirinya dinodai. Ayu menangis lagi sehingga
membuatkan matanya terasa sukar untuk melihat dunia.
“Ohh..tasik, engkaulah saksi aku
diperkosa oleh 3 syaitan itu”
Suara Ayu yang masih tersedu-sedu dalam setiap
perkataannya.
“Aku bersumpah, 7 keturunan daripada
mereka akan mati apabila menyentuh air tasik ini!”, mulut Ayu bersumpah
dihadapan tasik itu.
Oleh itu, setiap ucapan yang keluar
daripada bibirnya yang manis itu telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. Allahualam.
“Splashhhhhhhhhhhhhh”.
Zaman terus berlalu, setiap pokok
bertukar daunnya, dari tahun 70an berlalu ke tahun 2013.
“Syed, sungguh indah pemandangan
tasik ini kan?”, tanya Sarah kepada teman lelakinya. “Yer sayang, u nak mandi tak?, I ade bawa baju lebih”, balas Syed. “Taknaklah sayang, I tak
reti lah nak berenang”, balas Sarah.
Tanpa membuang masa, Syed terus
terjun masuk ke dalam air tasik yang tenang itu. Sarah yang asyik dengan Ipad nya langsung tidak memperdulikan
teman lelakinya.
Dua minit telah berlalu, Syed tidak
muncul-muncul lagi, hati Sarah mulai resah dan bimbang.Walaupun, air tasik itu
sangat jernih, tetapi langsung tidak menampakan susuk tubuh Syed.
“Sarah!!!!!”
Suara Syed memanggil nama Sarah
dengan kuat sekali. Syed telah menjumpai rangka tulang manusia yang berada
dalam tasik tersebut. Rangka tersebut kelihatan sangat teratur dan tidak
terusik sekali pun. Sarah yang cemas dan sangat terkejut lalu telah menelefon
anggota polis.
Setelah selesai beberapa hari
siasatan tersebut dilakukan, rangka tulang tersebut merupakan milik seorang
perempuan pada waktu zaman dahulu. Penduduk kampung Puyu mempercayai pemilik
rangka tulang tersebut ialah Ayu Sopia, gadis yang diperkosa oleh 3 orang
lelaki lalu membunuh diri dengan melemaskan dirinya dalam tasik tersebut.
Pada ketika dahulu, orang kampung
Puyu tidak berhasil menemui mayat Ayu Sopia yang dipercayai berada pada sekitar
tasik tersebut. Orang kampung sangat segani akan kesopanan dan adab tatasusila
yang ada pada anak gadis itu. Oleh itu, orang kampung Puyu telah bersepakat
untuk menamakan tasik tersebut sebagai “Ayu Sopia” sebagai kenangan gadis yang
sangat baik dan manis.
Orang kampung juga sering ternampak
kelibat Ayu Sopia yang sedang bernyanyi-nyayi sambil membasuh kain di tasik tersebut.
Orang kampung juga berjaya menangkap Sham, Johan, dan Fikri lalu memberi
hukuman kepada mereka. Mariam pula hilang melarikan diri kerana takut sifatnya
yang busuk terbongkar.
Tidak lama selepas menjumpai
tulang-tulang itu, Syed telah meninggal dunia akibat mengalami penyakit misteri
yang tidak dapat diketahui oleh doktor. Orang-orang tua kampung Puyu mengesyaki
bahawa pemuda yang bernama Syed merupakan cicit kepada antara tiga lelaki yang pernah
menodai Ayu Sopia. Orang kampung Puyu mempercayai bahawa Syed terkena sumpahan
yang dilafazkan oleh Ayu Sopia pada puluhan tahun dahulu.
“Shik... Shik... Shik... Shik...”
“Ayu? Cepatlah basuh kain tu.. Mak
nak bawa kau pergi ke hutan.. Nak cari paku-pakis. Tak lama lagi Ayah engkau
nak balik tu dari berburu”...
“Baiklah mak, Ayu datang ni”....
P/s : Hanya Rekaan semata-mata