LIKE!

favourite links

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Sunday, October 2, 2011

Resepi Hokkien Mee


Bahan-bahan :

1. Mee Kuning
2. Sayur Sawi dan Taugeh (sukati la mau sayur apa)
3. Bawang segala bawang.
4. Lada Merah (yg besar tu)
5. Ayam dan Fishcake (boleh guna udang..sotong dan apa-apa)
6. Air Rebusan ayam (stok ayam)
7. Air Tepung Jagung @ Kanji
8. Sos Tiram
9. Kicap pekat dan Cair
10. Minyak Bijan
11. Black Pepper @ White Pepper
12. Halia.

Cara-cara : (cara saya)

1. Panaskan minyak.. Tumis bawang segala bawang. kalau mau sedap lagi. boleh tambah udang kering.

2. Masukkan Ayam dan fishcake..

3. Masukkan Stok ayam., Masak hingga air mendidih..

4. Masukkan Sos tiram, kicap pekat, kicap cair.. biar mendidih lagi

5. Masukkan Sayur dan Mee

6. Masukkan Perasa (garam, gula, aji, pepper segala pepper), boleh tmbah minyk bijan sikit

7. Masak hingga kuahnya sedikit kering.

8. Boleh masukkan taugeh.. dan masak..masak lagi..

9. Dan SIAP :)

Senang :) Jika ada salah dan silap.. Pandaipandai la kmurang k..hahaha :) yang penting aku sudah kenyang... makan hokian mee ni tadi~~~ lalalalal.. kamurang ada?

Saturday, October 1, 2011

Resepi Sambal Petai + Udang.


Bahan - bahan :

1. Udang (suka hatilah banyak mana kmurang mau)
2. Petai (belilah yg suda kena buka)
3. Lada kering atau cili yang sudah dikisar (ni yang pemalas mau mengisar)
4. Bawang merah dan putih
5. Halia, Serai (hiris-hiris atau sukatilah kamurang)
6. Garam, Gula... Aji nek moto..
7. Air asam jawa (air dia biar sikit.. yg penting jawa itu ada! yeah!)
8. Belacan
9. Minyak
10. Kuali
11. Sudip
12. Pisau
13. Blender
14. Kendatan@sesaban
      dan lain-lain yang perlu :p

Cara-cara : (cara saya)

1. Blender lada kering (buka bijinya dulu dan bilas), halia..serai... bawang segala bawang.. kalau mau sedapp.. boleh tambah bawang besar.. he he he.. dan tambah sedikit air ah.. sedikit tu...ermmm..mmmm. mcm sbyk mana bahan-bahan dalam blender tu.. maka.. 3/4 lah air dia tu.. haha sikit ka tu?? antah lah.. (blender sampai halus yeahh.. halusssss.....)

2. Oh yeah! Lupa! sebelum buat apa-apa.. cucikcucik la dulu semua bahanbahan tu yaa.. haha.. manatau.. ada bendabenda asing... hahaa. okok.. lepas tu.. rebus dulu petai tu.. pasal.. orang rumah aku.. tidak berapa mau makan kalau petai tu keras.. dia bilang.. macam tidak masak.. oleh itu, bagi akulah kan.. aku rebus dulu petai tu.. kirakira.. sampai air mendidih lah.. atau pun.. ikut citarasa kamurang lah.. heheh..

3. Ok.. setelah itu, bogelkan udang tersebut.. sebab.. sedap lagi dimakan.. bila xda kulit.. daripada berkulit.. payah! jangan malasmalas mok membuka kulit tu ya.. hehehe

4. Setelah semua bahan suda ada n siap

a) Mulamula mestilah panaskan kuali.. setelah sudah panas.. masukkan minyak sesuka hati kuantitinya.. sapa suka makan minyak.. antam kasi banyak.. sapa tidak suka.. taruk minyak sikit jak.. tp jgn la sikit.. taruk la.. 3/6 gitu.. hahaha.. agakagak lah..

b) setelah minyak dah panas.. boleh taruk bahanbahan yg telah diblender tadi..
masak hingga kluar minyak.. dan!! jangan lupa letak belacan! tp kalau tidak suka.. tidak payah lah..

c) Apabila minyak da keluar.. maka.. gunalah clean n clear.. supaya.. bebas dari minyak :p.. haha.. gurau..okok.. (serius) apabila minyak da kluar.. boleh masukkan udang dan petai tadi...

d) selepas itu, boleh letak air asam jawa.. biar mantap!

e) masak masak..masak..masak.. sampai masak...dan biar air kering..kalau mau bekuah.. jgn trlampau kering lah..

f) dan!! jangan lupa letak lah.. garam..gula.. aji... dan apaapa.. sebagai penambah rasa...

g) Selesai.. boleh dimakan panas..panas.. bersama orang yang tersayang :)

Senang?? Memang senang! hahah!! segalagalanya mudah dengan internet! yeha!!!! Kalau ada salah dan silap.. pandaipandai la kamurang! hahahah!! Bluerrkkk!!!!

Tuesday, June 28, 2011

KANTA SENTUH? Risiko tersembunyi.

Kanta Sentuh dipakai secara meluas oleh mereka yang rabun mata. Masa kini, penggunaan kanta sentuh berwarna untuk tujuan kosmetik semakin digemari ramai. Walau bagaimanapun, terdapatnya risiko apabila mengguna kanta sentuh, adalah penting bagi anda mendapatkan nasihat dari pengamal yang terlatih seperti pakar mata, optometris dan pakar optik yang berdaftar dan mempunyai permit untuk kanta sentuh.

Nasihat yang diperlukan :
  1. Menilai kesesuaian memakai kanta sentuh.
  2. Memastikan pemasangan kanta sentuh yang sesuai.
  3. Mendapatkan pengetahuan yang betul tentang penjagaan kanta sentuh dan komplikasi yang mungkin timbul
  4. Merancangkan rawatan susulan.

Tahukah anda bahawa kanta sentuh boleh mengakibatkan komplikasi berikut :

Ulser Kornia
  1. Adalah jangkitan pada kornia
  2. Adalah komplikasi kanta sentuh paling serius.
  3. Mungkin menyebabkan kebutaan

Tanda-tanda :
  • Mata merah
  • Rasa sakit
  • Penglihatan kabut
  • Adanya tahi mata
Mata Kering
 Tanda-tanda :
  • Mata tidak selesa
  • Terasa bendasing dalam mata

Calar Pada Kornia
 - Luka di permukaan Kornia

Tanda-tanda :
  • Mata berair
  • Mata merah
  • Rasa Sakit
  • Penglihatan kabur
Konjunktivitis Alergi
 -Reaksi terhadap bahan kotoran yang terdapat pada kanta sentuh

Tanda-tanda :
  • Mata gatal
  • Mata merah
  • Tahi mata yang bertali-tali

Found : Google

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...