LIKE!

favourite links

Sunday, March 2, 2014

Usang

Terlalu usang untuk aku memberikan idea yang bernas dan padat.  Tak bisa lagi menjadi seperti seseorang yang waras dalam pemikirannya.  Aduhai, apalah nasib malang ini.

Saturday, December 28, 2013

MY WISH LIST 2014

Assalamualaikum, tahun 2014 bakal menggantikan tahun 2013 tidak lama lagi. Terlalu banyak peristiwa-peristiwa pahit dan manis. hehehehe..

Wish List 2014 :

1. Keputusan cemerlang setiap Sem. (InsyaAllah)
2. Menjadi lebih Solehah.. (InsyaAllah)
3. Boipren? Ehemm.. Ehem...

Wish list tahun lalu banyak juga terrgrantedd..Alhamdulillah..semua itu atas Izin Allah.. Antara wish list ku yang tercapai :

1. Result stpm tu..boleh2 la...
2. Lemak tu.. ada la kurang dalam beberapa angka .. Alhamdulillah..
3. Kerja masih tiada..tp.. Syukur, dapat tawaran masuk Uni.. Alhamdulillah..
4. Kereta tu, saya dapat, tp nombor plate 9397.. terbalik la pula.. tahun dulu baru bulan dan hari, tp,   apa2pun...skg 1 tahun sudah kreta tu.. Syukurlah.. Rezeki itu ada dimana2, cuma perlu bersabar, kerna semua itu atas keizinan Allah...

Wish List tahun2 lalu :
2011
2012
2013

Sunday, November 3, 2013

The Making Of "AMANAT" by THE REJECTED

Assalamualaikum. Oleh kerana, Pensyarah kami telah memberi tanggungjawab yang harus kami jalani untuk kehidupan duniawi ini, kami telah melakukan sesuatu perkara diluar kepala otak kami iaitu sebuah "SHORT FILMS" yang bertajuk "AMANAT". Filem pendek ini telah diinspirasikan oleh pengarah kami iaitu Agnes merangkap penulis skrip. 

Cerita ini bermula apabila 4 orang sahabat yang ingin melakukan sebuah kajian yang terletak di kampung Edaman. Namun, perkara yang tidak dapat dielakkan telah berlaku, apabila kenderaan yang digunakan telah mengalami kerosakan secara mengejut. Muncul 2 orang kampung yang tidak dikenali telah menawarkan diri untuk membantu membaiki kenderaan tersebut. Tetapi, untuk membaiki kenderaan tersebut memerlukan masa yang agak lama sedikit. 

Oleh itu, perjalanan 4 orang sahabat ini terbantut dan dibawa ke rumah seorang orang tua untuk meneduhkan diri ketika kenderaan mereka sedang dibaiki pada malam itu juga. Dalam pada masa itu, mereka telah diberi sebuah kotak yang berbalut kemas dengan kain kuning. Orang tua tersebut meminta mereka untuk membawa kotak tersebut ke kampung Edaman dan memberikan kotak tersebut kepada seseorang yang berada di kampung tersebut. 

Perasaan yang ingin tahu telah membuak-buak antara mereka. Perkara tersebut telah menyebabkan seseorang daripada mereka telah membuka kotak tersebut. Mereka sangat terperanjat akan isi kandungan yang berada dalam kotak tersebut. Lalu mereka... ... ...





Gambar lain KLIK SINI

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...