LIKE!

favourite links

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Sunday, November 3, 2013

The Making Of "AMANAT" by THE REJECTED

Assalamualaikum. Oleh kerana, Pensyarah kami telah memberi tanggungjawab yang harus kami jalani untuk kehidupan duniawi ini, kami telah melakukan sesuatu perkara diluar kepala otak kami iaitu sebuah "SHORT FILMS" yang bertajuk "AMANAT". Filem pendek ini telah diinspirasikan oleh pengarah kami iaitu Agnes merangkap penulis skrip. 

Cerita ini bermula apabila 4 orang sahabat yang ingin melakukan sebuah kajian yang terletak di kampung Edaman. Namun, perkara yang tidak dapat dielakkan telah berlaku, apabila kenderaan yang digunakan telah mengalami kerosakan secara mengejut. Muncul 2 orang kampung yang tidak dikenali telah menawarkan diri untuk membantu membaiki kenderaan tersebut. Tetapi, untuk membaiki kenderaan tersebut memerlukan masa yang agak lama sedikit. 

Oleh itu, perjalanan 4 orang sahabat ini terbantut dan dibawa ke rumah seorang orang tua untuk meneduhkan diri ketika kenderaan mereka sedang dibaiki pada malam itu juga. Dalam pada masa itu, mereka telah diberi sebuah kotak yang berbalut kemas dengan kain kuning. Orang tua tersebut meminta mereka untuk membawa kotak tersebut ke kampung Edaman dan memberikan kotak tersebut kepada seseorang yang berada di kampung tersebut. 

Perasaan yang ingin tahu telah membuak-buak antara mereka. Perkara tersebut telah menyebabkan seseorang daripada mereka telah membuka kotak tersebut. Mereka sangat terperanjat akan isi kandungan yang berada dalam kotak tersebut. Lalu mereka... ... ...





Gambar lain KLIK SINI

Thursday, October 24, 2013

Pakaian Tradisional Suku Kaum Bajau Sama Kota Belud, Sabah

Pada tanggal 19 Oktober 2013, Kumpulan Seni Peribumi Borneo saya telah membuat kajian tentang Pakaian Tradisional Suku Kaum Bajau Sama di Kota Belud, Sabah. Kediaman Puan Rahmah binti Baktiar menjadi pilihan destinasi kami.

Antara sedikit gambar yang kami perolehi :

Antara Aksesori yang digunakan

Baju dahulu (kuning) dan sekarang (hitam)

Antara Props yang digunakan

Bersama pelakon-pelakon handalan

Puan Rahmah dan Cik Wani

Bersama keluarga Puan Rahmah

CERPEN : AYU SOPIA

Bismillahirahmanirrahim... Saya mendapat tugasan (pen. Kreatif) untuk membuat Cerpen (cerita pendek) yang bertema bebas. Oleh itu, terciptalah sebuah cerpen (ntah layak ka ndak dipanggil cerpen) "Ayu Sopia". Ayu Sopia merupakan cerita yang lahir semula jadi yang ntah dari mana aku dapat ilham utk buat cerpen ni... ndak pernah2 pun terlintas untuk mendapat jalan cerita sedemikian..
so.. enjoy :) Budak baru belajar...



“Shik... Shik... Shik... Shik...”, kedengaran bunyi seperti kain yang dibasuh oleh tangan si dara. Airnya yang jernih seperti kaca, mengalir setiap saat tanpa diusik, saat mata memandang terkikislah segala rasa hati yang lara dan luka, bunyi alunan air seperti berteman mesra bersama batu-batu besar, itulah tasik yang diberi nama “Tasik Ayu Sopia”. 

Ayu Sopia atau lebih dikenali sebagai Ayu merupakan anak gadis sunti yang manis dan memiliki kulit yang berwarna sawo matang dan merupakan anak gadis pujaan kumbang di Kampung Puyu. Tubuh yang langsing dengan ketinggian 5 kaki melengkapi citarasa para pria penduduk Kampung Puyu. Ayu menjadi anak yatim piatu ketika umurnya mencecah 5 tahun.

Ayu dirawat oleh ibu saudaranya sehingga umurnya 16 tahun. Namun, nasib malang sentiasa menjadi sahabatnya kerana ketika umurnya 16 tahun, ibu saudaranya telah meninggalkannya.

Kini, Ayu menyara kehidupannya sendiri dengan kental tanpa bergantung kepada orang lain. Gadis cilik bernama Mariam merupakan sahabat Ayu sejak mereka kecil lagi. Namun, perasaan iri hati akan kelebihan yang terdapat pada wajah Ayu Sopia  telah menyebabkan Mariam menyimpan rasa dendam terhadap Ayu.

Mariam merupakan perempuan yang hanya bertopengkan bidadari ketika dihadapan Ayu. Rasa iri hati  yang membuak-buak membuat Mariam tidak senang hati melihat Ayu yang sentiasa menjadi rebutan kumbang di kampungnnya.
Perasaan cemburu, hasad dengki, iri hati Mariam apabila melihat Ayu yang sering menjadi tumpuan jejaka kampung.

Mariam sentiasa dengan topeng kepura-puraannya apabila bersama dengan Ayu. “Ayu! Kata tadi nak sangat bawa aku pergi basuh kain di tasik”, tempik Mariam yang berada tidak jauh dibelakang Ayu yang sedang membawa kain kotor yang hendak dibasuhnya. Sudah menjadi kebiasaan Ayu membasuh pakaian hariannya di tasik bersendirian. Tidak ramai penduduk kampung yang mengetahui keberadaan tasik tersebut.

“Alaa... aku fikir kau tak jadi nak ikut aku, aku tengok engkau asyik sangat berkepit dengan si Sham tu”, usik Ayu yang melihat Mariam sedang bermesraan dengan seorang jejaka kampung, Sham. Mariam geli hati mendengar ucapan yang keluar dari mulut sahabatnya itu.

“Ahhhhh kau ni Yu, Sham tu eh? Dia tu saudara akulah, takkan kau tak pernah tahu selama ini?”

 Balas Mariam yang bernada sinis. “Oh... Manalah aku tahu, aku fikir pengarang jantung hati kau Mar”, ujar Ayu yang kebingungan.

“Tak apalah Yu, jom aku teman kau basuh baju”, balas Mariam dengan rasa terpaksa.

Sayup-sayup angin yang tidak dapat dilihat dan hanya bulu-bulu roma menghirup udara kampung yang indah sekali. Airnya sangat tenang dipandang, seolah-olah hanya memandang sebuah lukisan yang indah. “Ayu! Nak aku tolong engkau basuh tak?”, pelawa Mariam untuk membantu Ayu membasuh baju kotor tersebut.

“Eh? Tak usahlah Mar, aku boleh basuh sendiri, nanti tangan engkau yang halus mulus tu rosak oleh baju-baju aku ni”, ujar Ayu menolak permintaan Mariam. “Alah engkau ni, bukan banyak mana pun baju engkau tu”, balas Mariam. Ayu terus sahaja menuruti kemahuan sahabatnya itu.
  
“Nah! Degil sungguh engkau ni Mar! Ambil baju ni, engkau cuci bersih-bersih tahu!”, kata Ayu sambil menghulurkan baju kotor kepada Mariam. Mariam hanya tersenyum sinis. “Ayu, engkau pergilah mandi dahulu, tak baik anak dara mandi lewat tahu!”, ujar Mariam. “Emm, baiklah tuan puteri nak mandi dulu”, kata Ayu yang menuruti Mariam.

Ketika Ayu bermandi-manda di tasik tersebut, Mariam seperti berlari ke arah semak. Mariam berjumpa dengan seorang lelaki iaitu, Sham. Mereka seakan-akan berbual akan perkara yang sangat serius. “Sham, engkau dah panggil Johan dan Fikri?”, ujar Mariam yang ingin mengetahui keberadaan Johan dan Fikri. “Dah! kejap lagi mereka sampailah tu”, balas Sham yang berasa sangat teruja.

“Psst...psst.... Sham! Mariam!”
Suara Johan yang memanggil Mariam dan Sham dengan suara berbisik. “Kenapa kamu lambat sangat?, kalau lama lagi, habislah ikan korang dah masuk ke dasar”, ujar Mariam yang agak tertekan sedikit. “Bisinglah engkau ni Mar, kitaorang kan dah sampai ni”, balas Fikri yang agak bengang akan sikap Mariam.

Suasana senja yang tenang ditemani angin-angin sempoi yang sangat mendamaikan jiwa dan rohani. Bunyi kain yang dibasuh kedengaran ditelinga seperti tambahan kepada  muzik alam semula jadi.

“Mandilah engkau puas-puas wahai perempuan!, lepas ni habislah dara kesayangan engkau! Ha! Ha! Ha! Ha!”

Mariam yang masih membasuh kain ditangannya sambil tersengih-sengih melihat Ayu. Ayu sepertinya tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya dan sedang asyik membersikan dirinya yang kotor itu. Ketika itu juga, terdapat tiga kelibat lelaki iaitu Sham, Johan dan Fikri yang sedang masuk ke dalam tasik dengan perlahan-lahan. Dalam keadaan yang sangat berhati-hati, mereka mendekati Ayu dengan menyelam ke dalam tasik tersebut.

Ayu yang sedang asyik mandi-manda telah membuatkannya tidak menyedari akan kedatangan mereka yang telah pun sangat menghampirinya. Johan dengan rakus sekali telah menarik tangan Ayu dengan kuat tanpa rasa ragu-ragu. Johan membawanya ke tepi tasik dan dibantu oleh dua orang lelaki yang lain, iaitu Sham dan Fikri.

“Eh? eh? Kenapa kau tarik tangan aku ni? apa engkau nak buat apa dengan aku ni?”, Ayu kebinggungan sambil menuruti Johan yang sedang menarik tangannya hingga sampai ke tepi tasik. Ayu langsung tidak mempunyai sedikit rasa curiga terhadap mereka.

“Kau ikut sajalah aku, Ayu, janganlah nak banyak songeh pulak”

 Sham mula membuka tali pinggangnya yang menjadi pengikat seluar yang digunakannya itu sambil membuka seluarnya. “Ha ha ha ha!!, kau tau tak Ayu? Kitaorang nak main sayang-sayang dengan engkaulah punjangga hatiku sayang”, tempik Johan terhadap Ayu.

“Hahahahaha”, Sham dan Fikri ketawa dengan penuh rasa gembira dan mengeluarkan hilai ketawa mereka yang sangat kuat. Mereka kegirangan kerana ikan yang mereka intai selama ini telah memasuki perangkap yang telah mereka pasang. Sham mula membuka kain sarung yang menjadi alas tubuh Ayu dengan rakus sekali.

Fikri dan Johan turut membantu Sham sambil berasa ghairah melihat susuk tubuh Ayu yang masih suci dan putih melepak.

“Ermmmmmmmmmmmmm!! Geram aku tengok perempuan ni”.  Ayu yang ketakutan menjadi binggung dan tidak mampu untuk melawan mereka bertiga.

“Korang nak buat apa dengan aku ni? Tolong!! Tolong!!”, “Mariam!! Mar!!! Mar!!!”,

Jeritan demi jeritan Ayu langsung tidak didengari oleh penduduk kampung.

Ayu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit kerana telah dihalang oleh Sham dan Johan. Ayu pasrah dengan apa yang terjadi terhadapnya pada ketika itu.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!.. Jangannnnnnn”

“Tolonggglahhh... Jangan buat aku begini”

“Aku merayu sangat, aku tak pernah buat jahat dengan korang, tergamak korang buat aku begini”

“Mariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... ”

Rintihan demi rintihan Ayu langsung tidak diperduli oleh tiga orang lelaki tersebut yang sedang asyik melayan nafsu serakah mereka.

Pada hari tersebut, kesucian Ayu telah ditebuk oleh 3 orang jejaka yang tidak berhati perut tersebut. Ayu hilang arah dan menjadi tidak waras.

“Sampai hati engkau Mar!, engkau tinggalkan aku seorang di tasik, suara aku yang meraung kesakitan tidak kau hirau”

Rasa sakit hati dijiwa Ayu membuak-buak apabila berasa dirinya dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri.

“Lelaki sial! Kamu tengoklah nanti, akan aku cabut nyawa korang satu persatu”

“Aku robek-robek jantung kamu hingga rasa pedih didada ini hilang”

Ayu menahan perasaan sakit apabila dilukai sambil tersedu-sedu. Sham, Johan dan Fikri tersenyum puas setelah menodai Ayu.

“Isk...Isk...Isk...”

Ayu menangis teresak-esak kerana diperlakukan sedemikian. Rasa dirinya yang tercemar dan kotor telah membuatkan perasaan dirinya hancur terlerai dari jasadnya.

“Puas hati kami Ayu! Selama ini, engkau sombong kepada kami, sekarang engkau tunduklah sayang!, Ha ha ha ha!!”

Johan yang sangat girang hatinya sambil memandang Ayu dengan mata yang penuh puas.

“Sampai hati korang buat aku begini rupa!”

Tempik Ayu yang masih teresak-esak.

“Hahahahahahahaha”, suara-suara puas yang dikeluarkan oleh kumbang-kumbang yang menghisap madu sidara.

Subuh yang dingin membasahi daun-daun hijau yang subur dengan embunnya, Ayu masih lagi menangis memikirkan kejadian buruk yang menimpah nasib dirinya.

“Oh.. Diri, kenapalah engkau susah untuk aku jaga dan pelihara, dan membuatkan kumbang tertarik dan menghisap madu yang aku jaga dari aku azali lagi”.

Ayu menangis lagi apabila berasa dirinya tidak ada guna lagi untuk terus hidup. Ayu berasa dirinya sangat kotor dan rosak.

Dalam dingin subuh itu, Ayu pergi ke tasik tempat berlaku kejadian dirinya dinodai. Ayu menangis lagi sehingga membuatkan matanya terasa sukar untuk melihat dunia.

“Ohh..tasik, engkaulah saksi aku diperkosa oleh 3 syaitan itu”

 Suara Ayu yang masih tersedu-sedu dalam setiap perkataannya.

“Aku bersumpah, 7 keturunan daripada mereka akan mati apabila menyentuh air tasik ini!”, mulut Ayu bersumpah dihadapan tasik itu.

Oleh itu, setiap ucapan yang keluar daripada bibirnya yang manis itu telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. Allahualam.

“Splashhhhhhhhhhhhhh”.

Zaman terus berlalu, setiap pokok bertukar daunnya, dari tahun 70an berlalu ke tahun 2013.

“Syed, sungguh indah pemandangan tasik ini kan?”, tanya Sarah kepada teman lelakinya. “Yer sayang, u nak mandi tak?, I ade bawa baju lebih”, balas Syed. “Taknaklah sayang, I  tak reti lah nak berenang”, balas Sarah.

Tanpa membuang masa, Syed terus terjun masuk ke dalam air tasik yang tenang itu. Sarah yang asyik dengan Ipad nya langsung tidak memperdulikan teman lelakinya.

Dua minit telah berlalu, Syed tidak muncul-muncul lagi, hati Sarah mulai resah dan bimbang.Walaupun, air tasik itu sangat jernih, tetapi langsung tidak menampakan susuk tubuh Syed.

“Sarah!!!!!”

Suara Syed memanggil nama Sarah dengan kuat sekali. Syed telah menjumpai rangka tulang manusia yang berada dalam tasik tersebut. Rangka tersebut kelihatan sangat teratur dan tidak terusik sekali pun. Sarah yang cemas dan sangat terkejut lalu telah menelefon anggota polis.

Setelah selesai beberapa hari siasatan tersebut dilakukan, rangka tulang tersebut merupakan milik seorang perempuan pada waktu zaman dahulu. Penduduk kampung Puyu mempercayai pemilik rangka tulang tersebut ialah Ayu Sopia, gadis yang diperkosa oleh 3 orang lelaki lalu membunuh diri dengan melemaskan dirinya dalam tasik tersebut.

Pada ketika dahulu, orang kampung Puyu tidak berhasil menemui mayat Ayu Sopia yang dipercayai berada pada sekitar tasik tersebut. Orang kampung sangat segani akan kesopanan dan adab tatasusila yang ada pada anak gadis itu. Oleh itu, orang kampung Puyu telah bersepakat untuk menamakan tasik tersebut sebagai “Ayu Sopia” sebagai kenangan gadis yang sangat baik dan manis.

Orang kampung juga sering ternampak kelibat Ayu Sopia yang sedang bernyanyi-nyayi sambil membasuh kain di tasik tersebut. Orang kampung juga berjaya menangkap Sham, Johan, dan Fikri lalu memberi hukuman kepada mereka. Mariam pula hilang melarikan diri kerana takut sifatnya yang busuk terbongkar.

Tidak lama selepas menjumpai tulang-tulang itu, Syed telah meninggal dunia akibat mengalami penyakit misteri yang tidak dapat diketahui oleh doktor. Orang-orang tua kampung Puyu mengesyaki bahawa pemuda yang bernama Syed merupakan cicit kepada antara tiga lelaki yang pernah menodai Ayu Sopia. Orang kampung Puyu mempercayai bahawa Syed terkena sumpahan yang dilafazkan oleh Ayu Sopia pada puluhan tahun dahulu.

“Shik... Shik... Shik... Shik...”

“Ayu? Cepatlah basuh kain tu.. Mak nak bawa kau pergi ke hutan.. Nak cari paku-pakis. Tak lama lagi Ayah engkau nak balik tu dari berburu”...

“Baiklah mak, Ayu datang ni”....


 P/s : Hanya Rekaan semata-mata

Kehidupan Sebagai Pelajar

Assalamualaikum... alhamdulillah..sudah sebulan lebih bergelar mahasiswi ums. Dalam hari-hari itu, pelbagai masam, manis, masin...pedas.. suka duka.. menjadi peneman hidup ini... Harap2 menjadi penguat hidup untuk terus berjuang dan menjadi lebih positif...

terlalu lama ndak update blog yg tersayang ini... waduhhh :)

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...