Denim buat aku gemuk?
Jangan mudah terpedaya dengan kenyataan itu! Siapa kata denim hanya milik si kurus dan langsing? Tubuh yang berisi (bukan mengandung erk!) comel juga layak untuk miliki denim yang sentiasa ranggi. Nak tahu rahsia dan tip? Ikuti 6 tip berikut!
1. Punyai punggung yang besar?
Rileks! Punggung yang besar boleh nampak kecil dengan denim? Benar! Elakkan dari memakai seluar yang berpoket besar di bahagian belakang seluar (punggung). Sebaliknya pilih seluar yang berpoket kecil dan tidak berpoket.
1. Kaki yang panjang
Straight dan skinny adalah alternative untuk menampakkan kaki lebih kurus dan panjang. Manakala seluar berkaki besar dan lebar pula akan menampakkan kaki kamu besar dan pendek.
1. Salah ikut trend?
Ingat! Denim jenis silver dan keemasan tidak sesuai untuk kamu yang berisi. Ia bukan sahaja membuatkan Nampak sedikit pelik, bahkan kamu akan tambak lebih GEMUK! Tak percaya? Cubalah sendiri.
1. Warna pengaruhi tubuh?
Memang benar! Seperti juga baju, seluar juga memainkan peranan penting pada tubuh. Untuk mengelakkan kamu kelihatan begitu berisi, seperti biasa warna-warna terang adalah warna paling bahaya! Sebaliknya pilih warna gelap sebagai penyelamat.
1. Denim bercawat rendah?
Jangan jadi GILA jika kamu teringin untuk mencubanya. Untuk si tubuh berisi, potongan jenis ini tidak sesuai sama sekali dengan kamu! Jika inginkan keselesaan denim potongan high waist (pinggang tinggi), memberikan pilihan terbaik untuk kamu. Sebaiknya ketika memilih atau membeli, kamu perlulah mencuba beberapa jenis seluar agar kamu benar-benar selesa dan temui apa yang kamu kehendaki.
1. Skirt denim?
Bagi kamu yang berisi juga boleh menggayakan skirt denim. Tapi harus diingat, elakkan dari memilih skirt denim yang berpotongan longgar. Skirt ketat mengikut badan boleh membuatkan kamu tampak ramping. Selain itu elakkan seluar atau skirt berpinggang tinggi! Ia akan menampakkan kamu lebih rendah dan gemuk.
No comments:
Post a Comment
Kumin-Kumin! Jum jum!