LIKE!

favourite links

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Saturday, January 1, 2011

Diet Di Komputer?

Sehari di komputer kamu tetap DIET!!

“Macam mana saya nak kurangkan berat badan jika sepanjang hari saya harus duduk di depan komputer?”



Sebenarnya untuk mengawal atau mengurangkan berat badan, kamu harus membakar jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh. Sekiranya kamu bekerja dan duduk sambil makan (roti, kerepek, dan keropok dan kuih muih lain), ia sebenarnya boleh ‘membunuh’ diet kamu!

Saranan:
Untuk mengelakkan diet kamu musnah gara-gara sentiasa mengunyah di depan computer, ada 6 tips yang boleh membantu kamu.

1. Makanlah dengan bijaksana
Jangan terpengaruh dengan sejumlah makanan ringan yang dijual di kafe! Saat fikiran mula teringat untuk mengunyah, cuba kawal dan minum lebih air kosong. Sekiranya kamu tidak mempu mengawalnya, tukar keinginan tidak sihat itu dengan buah-buahan. Pastikan setiap hari kamu membawa bekal buah-buahan ke kelas atau pejabat.

2.  Minum lebih air kosong
Usahakan untuk minum 8 gelas air kosong setiap hari. Pastikan di atas meja kamu terdapat air mineral yang boleh kamu minum setiap masa.

3. Senaman ringan ketika berehat
Lakukan senaman ringan atau gerakan mudah sebelum dan sesudah bekerja untuk mengantikan gerakan yang hilang saat berada di hadapan komputer. Misalnya menggoyangkan kaki dan berjalan.

4. Bergerak
Bergerak walaupun 10 minit!

5. Makan tengah hari
Atur jadual makan tengah hari kamu. Kamu disarankan agar membawa bekal dari rumah, agar  makanan yang dimakan kekal sihat dan sesuai dengan diet kamu.

6. Minta bantuan teman
Cari teman sekerja yang juga mengalami masalah berat badan seperti kamu. Rancang dan dikirkan yang terbaik untuk tubuhmu. Jika kamu lakukannya berdua, sudah tentu diet kamu akan berjaya!

No comments:

Post a Comment

Kumin-Kumin! Jum jum!

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...