BOTM JANUARI |
"Inilah kisah yang berlaku di tandas sebuah sekolah... ... Seorang pelajar perempuan yang bernama Zurina masuk ke tandas.. pada masa itu pula tandas itu kosong... Semasa Zurina mencuci tangan... dia berasa ada sesuatu sedang berjalan di belakangnya... ... Bila Zurina mengangkat kepalanya untuk melihat cermin yang berada depan matanya, dia nampak seorang sedang berdiri dan tersenyum di belakangnya... Apabila Zurina berpaling, Zurina amat terkejut kerana orang yang berada di belakang Zurina itu hanya berbadan separuh!!!! Mayat Zurina dijumpai oleh pekerja sekolah pada esok paginya, reaksi mayatnya macam terkejut melihat sesuatu", cerita seorang Uncle Bobby kepada customer tetapnya sambil sibuk mengelap gelas yang baru dibilas oleh anaknya, Cik Odie.
Sejak Uncle Bobby menceritakan kisah hantu itu kepada pelanggan yang sering datang ke gerai beliau yang bernama WSB yang bermaksud "We Sayang Bobby", Gerai WSB mula mendapat perhatian dari pelanggan lain, sampaikan pelanggan dari Beaufort, Lahad Datu, Kota Belud, Tawau, Kota Kinabalu bahkan dari KHell pun sanggup mariiii ke Gerai WSB. "Thumbs Up"