LIKE!

favourite links

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Tuesday, June 28, 2011

KANTA SENTUH? Risiko tersembunyi.

Kanta Sentuh dipakai secara meluas oleh mereka yang rabun mata. Masa kini, penggunaan kanta sentuh berwarna untuk tujuan kosmetik semakin digemari ramai. Walau bagaimanapun, terdapatnya risiko apabila mengguna kanta sentuh, adalah penting bagi anda mendapatkan nasihat dari pengamal yang terlatih seperti pakar mata, optometris dan pakar optik yang berdaftar dan mempunyai permit untuk kanta sentuh.

Nasihat yang diperlukan :
  1. Menilai kesesuaian memakai kanta sentuh.
  2. Memastikan pemasangan kanta sentuh yang sesuai.
  3. Mendapatkan pengetahuan yang betul tentang penjagaan kanta sentuh dan komplikasi yang mungkin timbul
  4. Merancangkan rawatan susulan.

Tahukah anda bahawa kanta sentuh boleh mengakibatkan komplikasi berikut :

Ulser Kornia
  1. Adalah jangkitan pada kornia
  2. Adalah komplikasi kanta sentuh paling serius.
  3. Mungkin menyebabkan kebutaan

Tanda-tanda :
  • Mata merah
  • Rasa sakit
  • Penglihatan kabut
  • Adanya tahi mata
Mata Kering
 Tanda-tanda :
  • Mata tidak selesa
  • Terasa bendasing dalam mata

Calar Pada Kornia
 - Luka di permukaan Kornia

Tanda-tanda :
  • Mata berair
  • Mata merah
  • Rasa Sakit
  • Penglihatan kabur
Konjunktivitis Alergi
 -Reaksi terhadap bahan kotoran yang terdapat pada kanta sentuh

Tanda-tanda :
  • Mata gatal
  • Mata merah
  • Tahi mata yang bertali-tali

Found : Google

5 comments:

  1. Eee.. geli ku tgk pic2 tu.. hehe..
    baru mo test2 gna kontek lens ni, trus x brani owh.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. he :) kalau guna dgn betul.. xda apa.

    ReplyDelete
  3. Alamak..fuhrer mmg guna contact-lens ni.. takut plak nak pakai.. pakai spec je la lepas ni

    ReplyDelete
  4. sekarang sudah jd trend pakai kanta lekap mcm2 warna utk bergaya. kadang demi gaya kesihatan diabaikan pula.

    ReplyDelete

Kumin-Kumin! Jum jum!

Clik HERE to FOLLOW!

Butang follower
Open Cbox
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...